1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan untuk di blender
1 sudu jintan manis dan jintan putih
Sedikit biji ketumbar
sedikit lada hitam
1/2 halia
2 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah kurma
1 asam keping
1 kulit kayu manis
1 biji cili hijau
Sedikit garam/serbuk perisa
Cara-cara;
Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air
bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.
Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan
kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah
kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air
dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping,
cili hijau serta garam dan serbuk perasa.
Siap di santap.
P/S : Kalu nak tambah serbuk kari daging pun boleh (2 sudu kecil )
Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.